Sunday 6 April 2014

KEHILANGAN MH370 MENGALIH PERHATIAN RAKYAT DARI MASALAH DALAMAN PARTI DAN NEGERI.......BENARKAH????????


Ketika seluruh dunia mendoakan para penumpang dan krew MH370, pembangkang di Malaysia pula bertungkus lumus menangguk di air keruh. Sejak hari pertama kehilangan pesawat tersebut lagi, pembangkang telah berusaha sedaya upaya untuk menarik perhatian media asing kepada mereka. Bimbang sekali pembangkang, kalau-kalau pemimpin mereka pula hilang dari ‘radar’ media massa.
Dalam usaha itu, kesepakatan antara media asing dan pembangkang jelas kelihatan di mana mereka sama-sama mempersoalkan kredibiliti kerajaan Malaysia. Hampir setiap hari, mereka memburukkan kerajaan serta menimbulkan keraguan seolah-olah mereka mempunyai cara yang lebih baik untuk menangani kehilangan MH370. Entah bagaimana cara yang lebih baik itu tidak pula dapat mereka jelaskan.
Apa yang pasti, setakat ini semua negara yang terlibat telah mengiktiraf kecekapan dan kesungguhan kerajaan Malaysia dalam melakukan segala yang termampu demi MH370.
Namun, dalam pembangkang menuduh kerajaan tidak cekap, lemah dan bodoh itu, mereka juga menuduh kerajaan menyembunyikan maklumat.
Soalan kita kepada pembangkang ialah, bagaimana kerajaan yang tidak cekap, lemah lagi bodoh ini mampu menyembunyikan maklumat dari pakar-pakar dari 26 negara yang mempunyai berbagai teknologi paling canggih? Jika kerajaan mampu berbuat begitu, tentulah kerajaan Malaysia hebat dan bukannya bodoh.
Sebenarnya, tuduh menuduh dan tuding menuding jari oleh pembangkang ini hanyalah taktik mereka untuk menyembunyikan masalah dalaman parti masing-masing. Bayangkan, betapa banyak isu pembangkang yang media terlepas pandang atau kurang memberi perhatian:
Jangan kita sekali-kali lupa bahawa pada ketika ini, Ahli Jawatankuasa Pusat parti DAP masih lagi belum sah.
Oleh itu, daripada Lim Kit Siang menyibuk membicarakan isu MH370 di dalam blognya setiap hari, adalah lebih baik beliau selesaikan dahulu masalah jawatannya yang masih belum rasmi. Sebelum bercakap soal teknikal mengenai sistem penerbangan, radar, satelit dan pencarian MH370, ada baiknya Lim Kit Siang memastikan orang-orangnya pandai menggunakan komputer dan mampu mengira dengan baik agar kesilapan dalam mengira undi CEC DAP tidak berulang lagi. Tak malukah DAP bercakap tentang batu nautikal dan frekuensi sedangkan mengira sehingga 2,000 juga tidak reti?

Pada ketika ini, negeri-negeri jajahan pembangkang mengalami berbagai-bagai masalah. Pulau Pinang akhir-akhir ini sering saja mengalami banjir kilat yang teruk yang tidak pernah dialami sebelum ini. Semuanya berpunca dari pembangunan tidak terkawal sejak negeri itu diambil-alih oleh DAP. Adakah DAP mengambil berat dan mencari jalan menyelesaikannya?
Selangor pula selain menghadapi krisis kepimpinan, turut mengalami masalah jerebu, bekalan air, denggi, sampah dan berbagai-bagai lagi. Adakah PKR mengambil berat dan mencari penyelesaiannya?
Hakikatnya, kedudukan parti DAP kini kabur selagi anggota CEC tidak dapat dimuktamadkan. PKR pula berpecah tiga antara Anwar, Azmin dan Khalid Ibrahim dan kini, Anwar akan bertanding melawan Wan Azizah pula untuk kerusi Presiden parti.


Di masa yang sama, Anwar telah pun didapati bersalah oleh mahkamah kerana meliwat untuk kali ke dua. Manakala, Karpal Singh yang juga peguam Anwar, turut didapati bersalah kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak.
Kesemua ini membuktikan bahawa pembangkang tidak punya kredibiliti, tiada integriti, lemah dan juga bodoh dalam menguruskan parti dan juga negeri.
Justeru, tidak hairanlah jika pembangkang ingin menyibukkan diri dengan MH370 kerana mereka ingin menutup masalah sendiri.
Cukup-cukuplah kita memberi peluang kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan bagi menutup kelemahan diri. Sebagai rakyat yang matang, kita tidak harus mengikut rentak permainan politik murahan mereka. Inilah masanya kita memaksa pembangkang kembali kepada realiti, menghadapi masalah parti dan negeri serta menanganinya sebaik mungkin.
Jika parti dan negeri sendiri caca marba dan tidak ketahuan hala, apa kelayakan pembangkang untuk mempersoalkan pentadbiran dan pengurusan negara? 

  *** sama-sama kita kaji dan fikirkan..............

No comments:

Post a Comment